Senin, 12 Juli 2010

Malam Nisfu Sya'ban

Nisfu Sya'ban

Nisfu dlm bahasa arab berarti setengah. Nisfu Sya'ban berarti setengah bulan Sya'ban. Malam Nisfu Sya'ban adalah malam lima-belas Sya'ban yaitu siangnya empat-belas hari bulan Sya'ban.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik saat masuk waktu maghrib, (15 Sya'ban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik saat masuk maghrib)

Malam Nisfu Sya'ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Sya'ban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencubit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,

"Ya Allah aku mohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku mohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'ban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam )

Solat sunat nisfu sya'ban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban )

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & mohonkan segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

 Baca doa nisfu Sya'ban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya

saduran dari alamsetia blogger.

Tidak ada komentar: